Sabtu, 19 November 2011

KONSEP ASAS DALAM PENDIDIKAN MORAL

KONSEP ASAS DALAM PENDIDIKAN MORAL
Dr. Chang Lee Hoon
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
changlh@um.edu.my
PENDAHULUAN
Konsep asas berkaitan dengan pendidikan moral telah pun dikaji oleh ahli-ahli antropologi, falsafah, psikologi dan sosiologi. Secara amnya, pengajian falsafah tentang moral (ataupun disebutkan sebagai falsafah moral atau etika) telah memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam hubungan antara individu. Pengajian psikologi tentang moral (juga disebutkan sebagai psikologi moral) telah meluaskan kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia  untuk  membuat  pertimbangan  moral  sebagai  agen  moral  yang bertanggungjawab. Pengajian sosiologi tentang moral pula menyumbangkan kepada pengetahuan kita terhadap tindakan sosial individu terhadap orang lain dalam institusi sosial.
Sumbangan yang meluas dan mendalam daripada pelbagai bidang ilmu ini telah memberikan sesuatu asas kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sebagai satu titik permulaan untuk membimbing kita sebagai guru Pendidikan Moral, kertas ini akan membincangkan beberapa konsep asas yang dianggapkan penting dan relevan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah kita.

DOMAIN MORAL
Domain moral memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik, benar betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan hubungan antara individu (Frankena, 1973; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Domain moral melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk pernyataan normatif dan ini adalah berbeza daripada pernyataan deskriptif yang merujuk kepada penilaian fakta. Namun begitu, bukan semua pernyataan normatif melibatkan soal moral. Ada juga pernyataan normatif yang melibatkan domain nilai yang lain seperti estetika, agama, adat/tradisi dan undang-undang.
Lihat pernyataan yang berikut serta ulasan tentang perbezaan antara pernyataan normatif dan deskriptif:
(1)      Lukisan itu sangat cantik. (pernyataan normatif yang melibatkan soal estetika)
(2)      Manusia memerlukan tiga keperluan yang asas. (pernyataan deskriptif yang  melibatkan fakta atau empirikal)
(3)      Mengikut agama, adalah berdosa jika kita berbohong. (pernyataan normatif yang  melibatkan soal agama)
(4)      Menanggalkan kasut di luar sebelum masuk ke dalam rumah. adalah amalan budaya Malaysia, (pernyataan normatif yang melibatkan soal adat/tradisi yang diamalkan dalam budaya Malaysia.
(5)      Menurut undang-undang jalan raya, dia patut berhenti apabila lampu isyarat bertanda merah (perayataan normatif yang melibatkan soal undang-undang)
(6)      Dia patut berhenti apabila lampu isyarat bertanda merah kerana kegagalan melakukannya akan membahayakan nyawa diri dan pengguna jalan raya yang lain   (pernyataan normatif yang melibatkan soal moral)
Daripada contoh pernyataan di atas maka boleh dikatakan bahawa terdapat pernyataan yang berbentuk normatif dan berbentuk deskriptif. Selain daripada itu, bukan semua pernyataan normatif pula yang melibatkan soal moral. Jika begitu, bagaimanakah kita dapat mengetahui sama ada sesuatu pernyataan normatif itu melibatkan soal moral atau tidak?
Pernyataan normatif yang melibatkan soal moral adalah apabila:
(1)    Kita menilai sesuatu perbuatan individu atau perlakuan yang dikenali sebagai pertimbangan moral obligasi atau deontic. Contohnya,
(a)    Kita patut menepati janji.
(b)    Mendera kanak-kanak tidak boleh diterima oleh sesiapa pun.
(2)        Kita menilai ciri perwatakan, motif atau peribadi perseorangan yang dikenali sebagai pertimbangan moral aretaic.    Contohnya,
(a)    Budak itu seorang yang jujur.
(b)    Memberi hadiah kepada guru disiplin kerana tidak ingin dihukum ke atas kesalahan yang telah dilakukan adalah salah.
(3)    la mempunyai implikasi atau kesan langsung terhadap tingkah laku. Contohnya,
(a)       Jika kita tidak menghormati antara individu, masyarakat tidak berharmonis.
(b)      Seorang penagih dadah akan membawa penderitaan kepada keluarganya.

(4)      la dinyatakan dalam bentuk arahan atau perintah yang melibatkkan perbuatan patut atau tidak patut dipatuhi oleh individu dalam masyarakat. Contohnya,
(a)       Tempat ibadat semua agama patut dihormati
(b)      Mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak, semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan.
(Abdul Rahman Md. Aroff& Chang Lee Hoon, 1999)

Dalam Pendidikan Moral, kita perlu berfokuskan kepada pernyataan normatif yang melibatkan pertimbangan nilai dalam soal moral. lanya berbeza dengan pernyataan normatif yang tidak melibatkan soal moral dan pernyataan deskriptif yang tidak bersifat normatif. Namun begitu, terdapat pernyataan normatif yang melibatkan soal bukan moral iaitu agama, undang-undang, estetika dan adat/tradisi tetapi ada kaitan dengan moral. Contohnya kepatuhan kepada undang-undang ada kaitan dengan moral juga kerana ianya menjaminkan hak individu hidup secara selamat dan bebas.

PERTIMBANGAN MORAL (MORAL JUDGEMENT)
Lihat contoh soalan yang berikut:
(1)   Apakah hak kanak-kanak?
(2)    Apakah hubungan antara anak dengan ibu bapa?
(3)    Haruskah hak kanak-kanak dilindungi oleh setiap orang dewasa?
(4)    Haruskah seorang anak yang didera oleh ibu bapa melaporkan kejadian itu kepada polis?

Soalan (1) dan (2) memerlukan seseorang membuat pertimbangan deskriptif yang berasaskan kepada fakta atau bukti empikiral dalam sosial-kognitif sama ada terhadap tingkah laku atau institusi sosial. Soalan (3) dan (4) memerlukan seseorang membuat pertimbangan moral yang melibatkan bukan hanya pertimbangan dalam sosial-kognitif tetapi pertimbangan normatif yang melibatkan soal moral.

Menurut Kohlberg (1987 m.s. 10), terdapat tiga ciri pertimbangan moral iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri. Oleh kerana pertimbangan moral adalah preskritif maka pertimbangan ini mengarah atau mewajibkan seseorang mengambil sesuatu tindakan yang berasaskan kepada peraturan atau prinsip. Rachels (1995 m.s. 9 - 10), menyatakan bahawa pertimbangan moral mesti disokong dengan (i) sebab yang baik (berdasarkan kepada fakta dan prinsip) bukan perasaan mengikut kecenderungan sendiri (seperti "Saya suka minum teh tarik") dan (ii) menimbangkan kepentingan setiap individu secara saksama.   Shaw (1999) memberi tiga kriteria dalam pertimbangan moral iaitu pertimbangan moral haruslah (i) logikal, (ii) berasaskan fakta dan (iii) berasaskan prinsip moral. Pertimbangan moral yang tidak mempunyai ketiga-tiga kriteria ini biasanya dianggapkan lemah.

Menurut MacKinnon (1995) pertimbangan moral amat berkait rapat dengan teori etika dan prinsip etika/moral seperti yang diringkaskan dalam rajah yang berikut:
Teori Etika (Moral)


Prinsip Etika (Moral)
                                                                

Pertimbangan Etika (Moral)

Teori etika adalah "a systematic exposition of a particular view about what is the nature and basis of good or right" (MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betui atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. la memberikan asas kepada prinsip moral atau garis panduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu.
Terdapatnya pelbagai teori etika yang menerangkan apakah yang harus dipertimbangkan semasa membuat pertimbangan moral terhadap sesuatu tindakan seperti teori teleologikal (teori egoism dan teori utilitarianisme), teori deontologikal (teori moral Kant dan teori existentialisme, teori virtue (seperti Aristotle) dan teori kemoralan sosial (seperti Durkheim). Secaranya teori-teori etika menumpukan pertimbangan moral sama ada kepada:
                         Motif                 Tindakan                Kesan                
Berikut adalah contoh situasi untuk menghuraikan kaitan antara teori etika dengan pertimbangan moral:
Situasi: Seorang guru merotankan seorang pelajar kerana tidak membuat kerja rumah. Adakah tindakan itu baik atau tidak?
Pertimbangan moral akan berbeza mengikut alasan yang diberikan berdasarkan kepada teori etika yang berlainan seperti dalam jadual yang berikut:
Asas dalam
Pertimbangan
Moral
Sebab atau alasan
tindakan adalah baik
Sebab atau alasan
tindakan adalah tidak baik
Teori etika yang relevan
Kesan
Kerana akan membawa kesan kepada semua pelajar tentang kepentingan membuat kerja rumah dan seterusnya membawa kebahagiaan kepada semua murid dan guru.

Kerana akan memastikan bahawa murid itu mematuhi peraturan masyarakat yang akan membawa kestabilan sosial.
Kerana akan mengakibatkan murid itu menderita sahaja bukan semua murid lain.



Kerana akan menggalakkan guru lain melanggar garis panduan disiplin sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Teori Utilitarianisme





Teori Kemoralan Sosial
Motif
Kerana guru itu mempunyai motif yang baik untuk menyedarkan murid tentang tanggungjawab setiap murid membuat kerja rumah.
Kerana guru itu mempunyai motif untuk membalas dendam terhadap murid itu yang pernah mencabar autoritinya.
Teori Kemoralan Kant
Tindakan
Kerana tindakan itu merupakan sesuatu obligasi guru terhadap murid.

Kerana tindakan itu merupakan satu norma atau kebiasaan dalam masyarakat ini di mana guru mempunyai kuasa untuk mendisiplinkan pelajar.
Kerana guru itu telah melanggar intergriti secara fizikal murid itu yang tidak boleh disewarjagatkan.

Kerana menggunakan hukuman fizikal tidak dibenarkan mengikut garis panduan disiplin sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Teori Moral Kant



Teori Kemoralan Sosial
Pendek kata, pertimbangan moral melibatkan:
(i) pertimbangan normatif dalam domain moral yang berasaskan kepada teori etika,
(ii) kegunaan prinsip moral serta,
(iii) berdasarkan kepada logik dan fakta yang relevan dengan isu atau situasi yang dipertimbangkan.
PRINSIP MORAL
Prinsip moral biasanya digunakan sebagai satu tunjuk arah dalam pertimbangan moral (Peters, 1981; Mukherjee et al., 1992) kerana ia:
(i)    dapat menentukan apakah peraturan moral yang asas dalam kes-kes tertentu;
(ii)    menjadikan sesuatu pertimbangan moral relevan;
(iii)   memberi bukti dan konsensus dalam sesuatu keputusan moral;
(iv)       membolehkan semua fakta yang relevan dikaji sebelum sesuatu keputusan moral diambil;
(v)   mempunyai ciri sejagat atau diterima secara umum oleh sesama manusia.
Terdapat dua prinsip moral asas iaitu:
(1)  Prinsip adil melibatkan konsep hak, kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau kebebasan. Tindakan yang adil melibatkan taakulan atau fikiran yang rasional iaitu mengkaji merit, motif dan latar belakang sesuatu kes tertentu. Sesuatu tindakan dianggapkan adil jika (i) hukuman diberi kepada sesuatu salah laku yang dilakukan (ii) hak individu yang dianggapkan sah diberi (iii) terdapat kesaksamaan dalam ganjaran, harga dan pertukaran dan (iv) kesaksamaan dalam agihan sumber. Prinsip adil menuntut layanan yang sama diberi kepada kes yang serupa dengan menggunakan pendekatan yang sama dan pertimbangan kepada kes yang menuntut keperluan khas dengan menggunakan cara yang berlainan jika terdapatnya sebab yang munasabah dan adil (Audi, 1999, Abdul Rahman Md. Aroff, 1999, Mukherjee et al, 1992).

(2)   Prinsip altruisme melibatkan konsep hormat, tanggungjawab dan kasih sayang dalam mengekalkan perhubungan antara individu dan perkembangan kebajikan orang lain. Altruisme memeriukan seseorang individu mengelakkan kecederaan terhadap orang  lain dengan mengambil berat keperluan, kepentingan dan perasaan orang lain dalam perkembangkan kebajikan orang lain. Selain daripada itu prinsip ini juga bermakna bahawa kita melayani orang lain sebagai sesuatu matlamat dan bukan sebagai alat kerana setiap orang mempunyai pandangan dan matlamat tersendiri. Matlamat orang lain tidak semestinya sama dengan diri sendiri dan dengan itu pandangan mereka perlu dihormati. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa pandangan orang lain patut diterima jika kita menilaikan bahawa pandangan mereka adalah tidak logik atau munasabah dan dianggapkan tidak baik atau salah dari segi moral. Prinsip altruisme juga dikenali sebagai prinsip kepedulian (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) atau prinsip care (Noddings, 1986; Gilligan, 1982).
PERKEMBANGAN MORAL
Perkembangan moral memberi tumpuan kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan moral (Bailey, 1979). Menurut Downey & Kelly (1978), oleh kerana istilah "perkembangan" memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih kompiek yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang dianggapkan matang dari segi moral.
Terdapatnya beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi terhadap pendidikan moral. Antara perspektif perkembangan moral ini adalah seperti yang berikut:

(1)    Perspektif Perkembangan Moral Kognitif
Teori perkembangan moral kognitif menyatakan bahawa perubahan dalam pertimbangan moral adalah berstruktur menerusi sistem berperingkat mengikut perkembangan dan kematangan intelek atau kognitif seseorang individu. Contohnya, skema Kohlberg (1987) yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:
Tahap
Peringkat
Prakonvensional
1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
2: Orientasi instrumental relativis.
Konvensional
1: Orientasi persetujuan antara individu.
2: Orientasi undang-undang dan peraturan.
Pascakonvensional
1: Orientasi contract-legalistic sosial.
2: Orientasi prinsip etika sejagat.
(2)    Perspektif Psikoanalisis atau Personaliti
Psikoanalisis atau personaliti (sahsiah) memandangkan bahavva kecenderungan atau impulse yang tidak rasional mesti dikawal melalui kawalan atau larangan sosial. Ini bermaksud bahawa agen yang menetapkan kawalan sosial harus campur tangan dalam memperkenalkan batasan dan keselarasan tingkah laku yang rational. Contohnya, teori Freud yang menyatakan bahawa perkembangan moral adalah perkembangan personaliti atau sahsiah kanak-kanak dalam super ego. Super ego ini merupakan agensi atau mekanisme yang mengeluarkan peraturan moral yang dihayati oleh seorang kanak-kanak. Peraturan moral ini diperolehi daripada standard yang ditetapkan oleh orang dewasa yang berdekatan dengan kanak-kanak tersebut. Peraturan moral ini kemudian akan mengawal dorongan (impulse) id iaitu bahagian pemikiran dan sahsiah seseorang yang tidak disedari oleh seseorang itu.

(3)   Perspektif Pembelajaran Sosial atau Behaviourisme
Pembelajaran sosial atau behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran moral adalah tingkah laku sosial yang telah dipelajari (socially learned behaviour). Tingkah laku moral boleh dibentuk menerusi tiga cara iaitu pengajaran secara langsung serta teladan dan imitasi (ibu bapa dan orang lain yang signifikan dalam kehidupan individu itu) kemudian dikekalkan menerusi ganjaran dan peneguhan yang positif (seperti pujian, senyuman, hadiah atau perhatian) atau hukuman dan peneguhan yang negatif (seperti marah, mengurung, memberhentikan hak-hak istimewa dan tidak memberi kasih sayang).

(4)    Perspektif Integratif dalam Perkembangan Moral
Perspektif integratif dalam perkembangan moral mempunyai pandangan bahawa perkembangan moral adalah menyeluruh dalam perkembangan karaktor. Contohnya, dalam Model Four Component of Acting Morally oleh Narvaez dan Rest (1995, m.s. 386) dinyatakan bahawa perlakuan moral adalah menerusi empat proses psikologikal dalaman seperti yang berikut:
(i)  sensitiviti moral yang melibatkan penerimaan dalam sistem sensori perseptual terhadap situasi sosial dan interpretasi situasi tersebut dari segi tindakan yang boleh diambil, siapa dan kesan setiap tindakan serta reaksi pihak yang terlibat terhadap tindakan yang mungkin diambil.
(ii)  pertimbangan moral yang melibatkan membuat keputusan tentang tindakan yang manakah paling bermoral. Seorang individu akan menimbangkan segala pilihan dan menentukan apakah seseorang patut lakukan dalam situasi itu.
(iii)  motivasi moral yang membawa implikasi di mana seorang individu akan memberi keutamaan kepada nilai moral yang lebih daripada segala nilai yang lain dan bemiat untuk memenuhinya.
(iv) pelaksanaan yang menggabungkan kekuatan ego dengan kemahiran social dan psikologikal yang diperlukan untuk melaksanakan tindakan yang dipilih.

Kesimpulannya, kesemua perspektif atau teori perkembangan moral yang diberikan di atas walaupun nampaknya bertentangan, tetapi sebenamya adalah komplimentari dap memberi penekanan kepada aspek yang berlainan tentang pertumbuhan dan perkembangan moral (Downey & Kelly, 1978). Menurut Lickona (1980) perkembangan moral harus meliputi tiga rangkaian pertumbuhan moral yang saling berkaitan iaitu perkembangan pemikiran moral, perkembangan perasaan moral dan perkembangan tingkah laku moral. Perkembangan dalam pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral akan membawa perubahan yang progresif ke arah kematangan moral.

PEMIKIRAN, PERASAAN DAN TINGKAHLAKU MORAL
Tinjauan literatur (seperti Chazan & Soltis, 1975; Wilson, Williams & Sugarman, 1967; Downey & Kelly, 1978; Blast, 1980; Peters, 1981; Hare, 1981; McPhail, 1982;  Straughan, 1982; Gilligan, 1982; Colby & Kohlberg, 1987; Abdul Rahman Md Aroff& Chang Lee Hoon, 1994; Noddings, 1995; Narvaez & Rest, 1995; Lapsley, 1996;  Pritchard, 1996; Lickona, 1997; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) telah menunjukkan bahawa pendidikan moral meliputi tiga aspek atau dimensi utama iaitu pemikiran dan penaakulan moral, perasaan dan motivasi moral, serta tindakan dan perlakuan moral. Walaupun terdapat pelbagai penekanan yang berlainan serta persamaan dan perbezaan dalam tafsiran ketiga-tiga aspek atau dimensi moral di kalangan penulis tersebut, aspek atau dimensi moral ini boleh diringkaskan seperti yang berikut:
(1)    Perkembangan pemikiran dan penaakulan moral yang berprinsip dengan
(i)         memahami maksud nilai moral;
(ii)       mengenalpasti sesuatu situasi/isu yang melibatkan moral;
(iii)   menimbang situasi/isu moral daripada perspektif orang lain (role-taking perspective); dan
(iv)   menyelesaikan isu/situasi moral secara objektifberasaskan kepada prinsip moral yang asas.
(2)    Perkembangan perasaan dan motivasi moral dengan
(i)          menyedari dan menghormati perasaan dan kebajikan orang lain,
(ii)        menyedari perasaan dan rasa hormat diri; dan
(iii)   mempunyai motivasi dan niat untuk bertindak.
(3)    Perkembangan tindakan dan perlakuan moral dengan
(i)       bertindak secara autonomi berdasarkan kepada prinsip moral yang asas;
(ii)   bertindak secara konsisten atau sebagai sesuatu kebiasaan dalam kehidupan;
(iii)     bertanggungjawab sendiri atas tindakan yang diambil; dan
(iv)  beriltizam untuk menjadikan    nilai sebagai satu ciri perwatakan diri sendiri dan dalam hubungannya dengan orang lain.
Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek moral ini adalah bersepadu dan menyeluruh sepertimana yang dikatakan:
To possess virtue of justice, I must first understand what justice is and what justice requires of me in human relations (moral knowledge). I must also care about justice - be emotionally committed to it, having the capacity for appropriate guilt when I behave unjustly and be capable of moral indignation when I see others suffer unjustly (moral feeling). Finally, I must practice justice by acting fairly in my personal relations and carrying out my obligations as a citizen to help advance social justice (moral behavior) (Lickona, 1997 m.s. 46).

A morally educated person must not only act or feel in a certain way, but must do so for the right reasons. If people merely "do the right thing" unthinkingly out of habit, fear, impulse or conditioning, we would not say that they have been morally educated, or even that they are acting morally in an appropriate sense...The person must therefore (a) know what the right reasons are and (b) have convinced himself that they are right. Knowing the right reasons depends on understanding the general principles that underpin moral decision-making. (Wilson dalam McLaughlin & Halstead, 2000, m.s. 251-252).



RUJUKAN
Abdul Rahman Md Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon. (1994). Pendidikan moral. Dinamika guru. Siri Pendidikan Longman. Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Audi, R. (general ed.) (1999). The Cambridge dictionary of philosophy (2"d ed.). Cambridge: Cambridge University Press.
Bailey, C. (1979). The notion of development and moral education. In Cochran, D.B., Hamm, C.M. & Kazepides, A.C. (eds.). The domain of moral education. New York/Ramsey: Paulist Press.
Berkowitz, M.W. (2001). Living with yourself: The role of moral identity in character. Kertas yang dibentangkan di Association for Moral Education 27111 Annual Conference. Vancouver, Canada, October 25-28, 2001.
Blasi, A. (1980). Bridging moral cognition and moral action. A theoretical perspective. Developmental Review, 3, 178-210.
Chang Lee Hoon (2002). Perkembangan domain moral dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial. Kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial, Fakuiti Pendidikan, Universiti Malaya pada 19 Januari. 2002.
Chazan, B.I. & Soltis, J.F. (1975). Moral education. Teachers College: Teachers College Press Columbia University.
Colby, A., Kohlberg, L. (1987). The measurement of moral judgement. Volume I: Theoretical foundations and research validation. Cambridge: Cambridge University Press.
Downey, M. & Kelly, A.V. (1978). Moral education: Theory and practice. London: Harper & Row.
Frankena, W.K. (1973). Ethics. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc.
Fraenkel, J. R. (1977). How to teach about values: An analytical approach. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Inc.
Gardner, R., Caims, J. & Lav/ton, D. (ed.). (2000). Education for values: Morals. ethics and citizenship in contemporary teaching. London: Kogan Page.
Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and women's development. Cambridge: Harvard University Press.
Halstead, J. M. & Taylor, M..J. (eds.) (1996). Values in education and education in values. London: The Falmer Press.
Hare, R.M. (1981). Moral thinking: Its levels, method and point. New York: Oxford University Press.
Hersh, R.H., Miller, J.P. & Fielding, G.D. (1980). Models of moral education: An appraisal. New York: Longman Inc.
Higgins, A. (1991). The just community approach to moral education: Evolution of the idea and recent findings. Dalam W.M. Kurtines & J.L. Gewirtz (Eds.). Handbook of moral behaviour and research. Vol. 3. Application (pp. 111-142). Hillsdale, NJ: Lawrence Eribaum.
Hill, B.V. (1994). Teaching secondary social studies in a multicultural society. Melbourne: Longman Cheshire.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal latihan kurikulum bersepadu sekolah menengah: Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia in collaboration with UNESCO. Report on Regional Seminar on the Teaching of Values and Ethics in Schools for Asia and the Pacific. Kuala Lumpur, 25-29 September, 1995.
Lapsley, D.K. (1996). Moral psychology. Colorado: Westvievv Press.
Lickona, T. (1997). Educating for character: A comprehensive approach. Dalam A, Molnar (Ed.). The construction of children's character. Ninety-sixth yearbook of the National Society for the Study of Education. Part II. Chicago: The University of Chicago Press.
McLaughlin, T.H. & Halstead, J.M. (2000). John Wilson on moral education. Journal of Moral Education. 29 (3), 247-268.
McPhail, P. (1982). Social and moral education. Oxford: Basil Blackwell.
MacKirmon,  B.   (1995).  Ethical  theory  and  contemporary  issues. Washington :Wadsworth Publishing Co.
Mukherjee, H., Ellis, J., Chang, L.H. & Rajendran, N.S. (1992). Strategi pengajaran pendidikan moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Narvaez, D. & Rest, J. (1995). The four components of acting morally. Dalam W. Kurtines & J.L. Gewirtz (Eds.). Moral development: An introduction. Boston: Allyn & Bacon.
Narvaez, D., (2000). Nurturing character in the middle school community. Community voices and character education project. Minnesota Department of Children, Families and Learning & the University of Minnesota.
Noddings, N. (1994). Caring. A feminine approach to ethics and moral education. Berkeley: University of California Press.
Noddings, N (1995). Philosophy of education. Colorado: Westview Press.
Nucci, L. (2001). The domain approach to moral education: A cognitive-developmental alternative. Kertas yang dibentangkan di Association for Moral Education 27th Annual Conference. Vancouver, Canada, October 25-28, 2001.
Pritchard, M.S. (1996). Reasonable children. Moral education and moral learning. University of Kansas: University Press of Kansas.
Peters, R.S. (1981). Moral development and moral education. London: George Alien & Unwin.
Raths, L.E., Harmin, M. & Simon, S.B. (1966). Values and teaching. Columbus, Ohio: Charles E, Men-ill Publishing Co.                                      
Rachels, J. (1995). The elements of moral philosophy (2nd ed.). New York: McGraw-Hill.
Shaw, W. H. (1999). Business ethics. (3rd ed.). Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company.
Straughan, R. (1982). Can we teach children to be good? London: George Alien & Unwin.
Tubb, C. (2000). Moral education. In J. Beck, J. & M. Earl, (Ed.). Key issues in secondary education (pp. 118-127). London: Cassell.
Wilson, J., Williams, N. & Sugarman, B. (1967). Introduction to moral education. Harmondsworth: Penguin Books.
Windmiller, M., Lambert, N. & Turiel, E. (1980). Moral development and socialization. Boston: Allyn & Bacon.
Wright, D. (1971). The psychology of moral behaviour. Harmondsworth: Penguin Books Ltd.

Makki & Madani

KATA PENGANTAR


Alhamdulillah,
Puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah memberi nikmat dan hidayahNya atas kami untuk menyeesaikan tugas makalah ini, karna tanpa ramat dan petunjuknya kita tak akan pernah terpanggil intuk melakukan apa yang telah menjadi tanggug jawab kita keseharian. Amin..
Dan shalawat beserta salam smoga tetap tercurh limpahkan kehariaan baginda rasulillah yang telah mengangkis kita dan mengantarkan kita pada jalan yang lebih terang dan penuh dengan cahaya yaitu alam islam seperti yang telah kita rasakan saat ini.
Pertama kami ucapkan banyak terimakasih kepad ayang telanh membantu dan turut berperan dalam penyelesaian makalah ini, baik bantuan yang berupa pinjaman buku dan sumbang pikiran sehingga tugas ini mampu kami selesaikan tepat pada waktunya, akan tetapi karna manusia tak lepas dari kehkilafan maka atas kekurangan dan kertebatasan kami mohon kritik dan saran yang sifatnya membangun.
Sekali lagi ucapkan terimakasih atas bantuannya dan atas perhatiannya kami ucapkan banyak terimakasih.
wassalam   


                                                                                                            
  Penyusun


Ainur Rohman



DAFTAR ISI
Kata Pengantar
Daftar Isi
BAB I : PENDAHULUAN
A.    Latar Belakang
B.     Rumusan Masalah
BAB II : PEMBAHASAN
A.    Pengertian Makkiyyah dan Madaniyyah
B.     Cara-Cara Mengetahui Makkiyyah Dan Madaniyyah
C.     Ciri-Ciri Spesifik Makkiyyah dan Madaniyyah
D.    Urgensi Pengetahuan Tentang Makkiyyah dan Madaniyyah
BAB III : PENUTUP
A.    Kesimpulan
B.     Saran
Daftar Pustaka



BAB I
PENDAHULUAN
A.Latar Belakang
Judul-judul dari semua surat al-qur’an mengisyaratkan adanya notasi apakah surat itu di wahyukan pada masa mekkah dan madinah. Meskipun pemisahan histories sering dikaitkan dengan perbedaan sifat nabi dan karakter muslim di kedua tempat itu, ia juga mengandung prinsip vital untuk memahami kronologi revelasi (pewahyuan) al-qur’an. Saying sekali, komunitas muslim telah mencabut kembali tugas untuk merumuskan kronologi al-qur’an secara utuh. Sebab, barangkali usaha kea rah itu dianggap berbahaya karena bias-bisa wahyu yang abadi ini, jika diurai menurut terma-terma temporal akan mengubah apa yang telah diurutkan Nabi dan komunitas muslim awal.
Para sarjana muslim umumnya sepakat bahwa pada mulanya sebagian besar al-qur’an diturunkan atau diwahyukan dalam unit-unit pendek. Mereka mengasumsikan bahwa sebagian besar unit al-qur’an dalam suatu surat diwahyukan pada masa yang sama. Berdasarkan ini, mereka mengklasifikasikan surat-surat al-qur’an sebagai surat “Makkiyah” atau “Madaniyah”, dan deskripsi semacam ini dimasukkan kedalam muqadimah setiap surat dalam salinan-salinan al-qur’an yang belakangan.
B.Rumusan Masalah
1. Pegertian makkiyah dan madaniyah
2. Cara-cara mengetahui makkiyah dan madaniyah
3. Ciri-ciri spesifik makkiyah dan madaniyah
4. Klasifikasi ayat-ayat dan surat-surat al-qur’an
5. Urgensi pengetahuan tentang makkiyah dan madaniyah



BAB II
PEMBAHASAN
A.Pengertian Makkiyyah dan Madaniyyah
Para sarjana muslim mengemukakan empat perspektif dalam mendefinisikan terminologi makkiyah dan madaniyah.keempat perspektif itu adalah masa turun zaman an-nuzul tempat turun makan an-nuzul objek pembicaraan mukhathab dan tema pembicaraan maudu’.
Dari perspektif masa turun mereka mereka  mendefinisikan kedua terminologi diatas sebagai berikut :
“ Ayat-ayat yang turun sebelum“Makkiyah ialah  rasulullah hijrah ke madinah, Kendatipun bukan turun di mekkah, sedangkan madaniyyah adalah ayat-ayat yang turun setelah rasulullah hijrah ke madinah, kendatipun bukan turun di madinah. Ayat-ayat yang turun setelah peristiwa hijrah disebut madaniyyah walaupun turun di mekkah atau arafah.” 
Ayat yang diturunkan di mekkah, dalam ka’bah pada tahun penaklukan mekah atau yang diturunkan pada haji wada’, seperti firman Allah:
“Hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.”
Dari perspektif tempat turun, mereka mendefinisikan kedua terminology di atas sebagai berikut:
Makkiyah ialah ayat-ayat yang turun di mekkah dan sekitarnya seperti mina, arafah, dan hudaibiyyah, sedangkan madaniyyah adalah ayat-ayat yang turun di madinah dan sekitarnya, seperti uhud, quba’, dan sul’a.
Dari perspektif objek pembicaraan, mereka mendefinisikan kedua terminology di atas sebagai berikut:
“Makkiyah adalah ayat-ayat yang menjadi kitab bagi orang-orang mekkah. Sedangkan madaniyyah adalah ayat-ayat yang menjadi kitab bagi orang-orang madinah.”
Namun melalui pengamatan cermat, nampak bagi kita bahwa kabanyakan surat Al-Qur’an tidak selalu dibuka dengan salah satu seruan itu. Dan ketentuan demikian tidak konsisten. Misalnya, surah Al-Baqarah itu madani, tetapi didalamnya terdapat ayat:
“Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang Telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.”[1]
B.Cara-Cara Mengetahui Makkiyyah Dan Madaniyyah
Dalam menetapkan mana ayat-ayat al-qur’an yang termasuk kategori makkiyyah dan madaniyyah, para sarjana muslim berpegang pada dua perangkat pendekatan.
1.      Pendekatan Transmisi (Periwayatan)
Dengan perangkat pendekatan transmisi, para sarjana muslim merujuk kepeda riwayat-riwayat valid yang berasal dari para sahabat, yaitu orang-orang yang besar kemungkinan menyaksikan turunnya wahyu, atau para generasi tabiin yang saling berjumpa dan mendengar langsung dari para sahabat tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan proses kewahyuan Al-qur’an, termasuk di dalamnya adalah informasi kronologis Al-qur’an.
 Dalam kitab al-intishar, Abu Bakar bin Al-Baqilani lebih lanjut menjelaskan :
“Pengetahuan tentang makkiyyah dan madaniyyah hanya bias dilacak pada otoritas sahabat dan tabiin saja.”Informasi itu tidak ada yang dating dari Rasulullah karena memang ilmunya tentang itu bukan merupakan kewajiban umat.”
Otoritas para sahabat dan tabiin dalam mengetahui informasi kronologi al-qur’an dapat dilihat dari statemen-statemennya. Dalam salah satu riwayat al-bukhari, ibn mas’ud, berkata
Demi dzat yang tidak ada tuhan selain-Nya, tdak ada satupun dari kitab allah yang turun, kecuali aku tau untuk siapa dan dimana diturunkan. Seandainya aku tau tempat orang yang lebih paham dariku tentang kitab Allah, pasti aku akan menjumpainya.”
Dalam riwayat lain disebut bahwa ibn abbas berkata, ketika ditanya oleh ubai bin ka’ab mengenai ayat yang turun di madinah, “Terdapat dua puluh surat yang diturunkan di madinah, sedangkan jumlah surat sisanya di mekkah.” As-suyuthi menyediakan beberapa lembar dalam kitab Al-‘Itqan-nya untuk merekam riwayat-riwayat dari sahabat dan tabi’in mengenai perangkat periwayatan dalam mengetahui kronologis al-qur’an.
2.      Pendekatan Analogi (Qiyas)
Ketika melakukan kategorisasi Makkiyyah dan Madaniyyah, para sarjana muslim penganut pendekatan analogi bertolak dari cirri-ciri spesifik dari kedua klasifikasi itu. Dengan demikian, bila dalam surat Makkiyyah terdapat sebuah ayat yang memilki cirri-ciri khusus madaniyyah, ayat ini termasuk kategori ayat madaniyyah.
C.Ciri-Ciri Spesifik Makkiyyah dan Madaniyyah
Seperti telah diuraikan di atas, para sarjana muslim telah berusaha merumuskan cirri-ciri spesifik Makkiyyah dan Madaniyyah dalam menguraikan kronologis Al-qur’an. Mereka mengajukan dua titik tekan dalam usahanya itu, yaitu titik tekan analogi dan titik tekan tematis. Dari titik tekan pertama, mereka menformalisasikan cirri-ciri khusus makkiyyah dan madaniyyah sebagai berikut :
1.      Makkiyyah:
a.       Didalamnya terdapat ayat sajdah;
b.      Ayat-ayatnya dimulai dengan kata “kalla”;
c.       Dimulai dengan ungkapan “ya ayyuha an-nas” dan tidak ada ayat yang dimulai dengan ungkapan “ya ayyha Al-ladzina”, kacuali dalam surat Al-Hajj [22], karena di penghujung surat itu terdapat sebuah ayat yang dimulai dengan ungkapan “ya ayyuha Al-ladzina”;
d.      Ayat-ayatnya mengandung tema kisah para nabi dan umat-umat terdahulu;
e.       Ayat-ayatnya berbicara tentang kisah Nabi Adam dan Iblis, kecuali surat Al-Baqarah [2]; dan
f.       Ayat-ayatnya dimulai dengan huruf terpotong-potong seperti alif lam mim dan sebagainya, kecuali surat Al-Baqarah [2] dan Ali-Imran [3].
2.      Madaniyyah
a.       Mengandung ketentuan-ketentuan faraid dan had
b.      Mengandung sindiran-sindiran terhadap kaum munafik, kecuali surat Al-Ankabut [29]; dan
c.       Mengandung uraian tentang perdebatan dengan ahli kitabin.
Berdasarkan titik tekan tematis, para ulama merumuskan ciri-ciri spesifik Makkiyyah dan Madaniyyah sebagai berikut.
1.      Makkiyyah
a.       Menjelaskan ajakan monotheisme, ibadah kepad allah semata,penetapan risalah kenabian, penetapan hari kebangkitan dan pembalasan, uraian tentang Kiamat dan perihalnya, neraka da siksanya, surga daan kenikmatannya,dan mendebat kelompok musyrikin dengan argumentasi-argumentasi rasional dan naqli:
b.      Menetapkan fondasi-fondasi umumbagi pembentukanhukum syara’dan keutamaan-keutamaan akhlakyang harus dimiliki anggota masyarakat. Juga berisikan celaan-celaan terhadap kriminalitas-kriminalitas yang dilakukan kelompok musyrikin,mengonsumsi harta anak yatim secara lazim serta uraian tengtang hak-hak;
c.       Menuturkan kisah para nabi dan umat-umat terdahulu serta perjuangan Muhammad dalam menghadapi tantangan-tantangan kelompok musyrikin ;
d.      Ayat dan suratnya pendek-pendek dan nada serta perkataannnya agak keras dan,
e.       Banyak mengandung kata-kata sumpah. 
2.      Madaniyyah :
a.       Menjelaskan permasalahan ibadah, muamalah, hudud, bangunan rumah tangga,
warisan, keutamaan jihad, kehidupan sosial, aturan-aturan pemerintah menangani perdamaian dan peperangan, serta persoalan-persoalan pembentukan hokum syara’;
b.      Mengkhitabi Ahli Kitab Yahudi dan Nashrani dan mengajaknya masuk islam,juga menguraikan perbuatan mereka yang telah menyimpangkan Kitab Allah dan menjauhi kebenaran serta perselisihannya setelah dating kebenaran;
c.       Mengungkap langkah-langkah orang munafik;
d.      Surat dan sebagian ayat-ayatnya panjang-panjang serta menjelaskan hukum dengan terang dan menggunakan ushub yang terang pula.[2]
D.Klasifikasi Ayat-Ayat dan Surat-Surat Al-qur’an
Menurut edisi standar Mesir, 86 surat termasuk dalam periode Mekah,sementara 28 surat. Lainnya berasal dari periode Madinah.Dasar dari determinasi kronologis ini adalah permulaan surat. Sebuah surat, misalnya, dianggap dari Mekah jika ayat-ayat awalnya diturunkan di mekah, meskipun berisi juga ayat-ayat yang diturunkan di madinah.Terkadang, ada juga pebedaan pendapat di kalangan kaum muslimin mengenai apakah surat ini termasuk Makkiyah dan Madniyah.Tidaklah menejutkan jiaka prinsip klasifikasi yang diterapkan kaum muslimin menghasilkan kesimpulan yang bebeda-beda.
Perbedaan kesimpulan ini lebih banyak ditemukan  jika dibandingkan dangan yang disimpulkan oleh para sarjana barat. Dalam pandangan para sarjana muslim, bijakan pertama untuk mengklasifikasikan bagian ayat-ayat al-qur’an adalah hadis dan pernyataan-pernyataan para mufafsir belakangan.Meskipun tanpa memberi perhatian pada bukti-bukti internal,para sarjana muslim yang mula-mula jarang manggunakannya secara eksplisit dalam argumentasi-argumentasinya.hadis-hadis yang dipermasalahkan disini biasanya kurang lebih bermakna bahwa suatu bagian al-qur’an tertentu diwaktukan sehubunngan dengan peristiwa tertentu.jadi, surat ‘Abasa [80] :1-10.dikatakan diwahyukan ketika orang bernama Abdullah bin Umm Maktummenemui Muhammad tatkala beliau berbincang-bincang dengan beberapa pembesar qurasyi yang diharapkan petunjuknya. Sebuah contoh susunan tronologi refelasi (pewahyuan al-qur’an) yang ditulis seorang sarjana klasik, bias disebutkan disini, dari ibn nazhim dalam al-Fihrits yang memiliki klasifikasi penentuan surat-surat makkiyyah dari nu’man ibn bashir.

1
Surat al-alaq [96],
41
Surat Asy-Syura [26]
2
Surat al-qalam [68]
42
Surat An-nam [27]
3
Surat al-Muzammil [73]
43
Surat al-isra’ [17]
4
Surat al-Mudatsir [74]
44
Surat Hud [11]
5
Surat al-lahab [111]
45
Surat Ar-Ra’d [13]
6
Surat at-takwir [81]
46
Surat Yunus [10]
7
Surat al-insirah [94]
47
Surat Al-Hijr [15]
8
Sutrat al-ashr [103]
48
Surat Ash-Shaffat [37]
9
Surat al-fajr [89]
49
Surat Luqman [31]
10
Surat ad-dhuha [93]
50
Surat Al-Mu’minun [23]
11
Surat al-lail [92]
51
Surat Saba’ [34]
12
Surat al-aiyah [100]
52
Surat Al-Anbiya’ [21]
13
Surat al-kautsar [108]
53
Surat Az-Zumar [39]
14
Surat at-takwir [102]
54
Surat Al-Mu’min [40]
15
Surat al-ma’un [107]
55
Surat Fushshilat [41]
16
Surat al-kafirun [109]
56
Surat Muhammad [47]
17
Surat al-fiil [105]
57
Surat Az-Zukhruf [43]
18
Surat al-ikhlas [112]
58
Surat Ad-Dukhan [44]
19
Surat al-Falaq [113]
59
Surat Al-Jatsiyyah [45]
20
Surat an-nas [114]
60
Surat Al-Ahqaf [46]
21
Surat an-najm [53]
61
Surat Adz-Dzariyat [51]
22
Surat’Abasa [80]
62
Surat Al-Ghasyiyyah [88]
23
Surat al-qodar [97]
63
Surat Al-Kahfi [18]
24
Surat ath-thariq [85]
64
Surat Al-An’am [6]
25
Srat ath-thin [95]
65
Surat An-Nahl [16]
26
Surat al-quraisy [106]
66
Surat Nuh [71]
27
Surat al-qori’ah [101]
67
Surat Ibrahim [14]
28
Surat al-qiyamah [75]
68
Surat As-Sajdah [32]
29
Surat al-humaza  [104]
69
Surat Ath-Thur [52]
30
Surat al-mursalat [77]
70
Surat Al-Mulk [67]
31
Surat Al-balad [90]
71
Surat Al-Haqqah [69]
32
Surat Ar-rahman [55]
72
Surat Al-Ma’arij [70]
33
Surat Al-jin [72]
73
Surat An-Naba’ [78]
34
Surat Yaasin [36]
74
Surat An-Nazi’at [79]
35
Surat Al-A’raf [7]
75
Surat Al-Inffithar [82]
36
Surat Al-Furqan [25]
76
Surat Al-Insyiqaq [84]
37
Surat Fathir [35]
77
Surat Ar-rum [30]
38
Surat Maryam [19]
78
Surat Al-Ankabut [29]
39
Surat Thaha [20]
79
Surat Al-Muthaffifin [83]
40
Surat al-waqi’ah [56]
80
Surat Ath- [54]

81
Surat Ath- Thariq [86]  

Sistem penanggalan yang dirumuskan Gustav Weil dipandang sebagai sarjana barat pertama yang melakukan kajian penanggalan Al-qur’an dan berdiri madzab penanggalan empat periode, lewat kerya monumentalnya, Historisch-kristisch Einleitung in der Koran.
Ia menerima teori sarjana muslim bahwa surat-surat  Al-qur’an  merupakan unit-unit dari wahyu, sehingga dapat disusun dalam suatu tatanan kronologis dengan berbijak kepada hadis-hadis.Akan tetapi, ia berbeda dengan sarjana muslim ketika membagi suart-surat Makkiyah ke dalam tiga periode:Periode pertama (awal),  kedua (tengah), dan periode ketiga (akhir). Weil juga memperkenalkan tiga criteria penyusunan kronologis surato-surat Al-qur’an: 
                                                                                                     
1.   Rujukan pada peristiwa-peristiwa historis yang diketahui dari sumber-sumber lainnya;
2. Karakter wahyu-wahyu sebagai refleksi dan perubahan-perubahan situasi dan peran  Muhammad SAW;dan
3.  Penampakan luaran atau bentuk wahyu. Sistem penanggalan empat periode Weil,asumsinya tentang Al-qir’an dan kriteria tentang penanggalannya, kemudian memengaruhi dan diikuti oleh sarjana-sarjana Barat.
E.Urgensi Pengetahuan Tentang Makkiyyah dan Madaniyyah
An-Naisaburi, dalam kitabnya At-Tanbih ‘ala Fahl ‘Ulum Al-Qur’an, memandang subjek Makkiyyah dan Madaniyyah sebagai ilmu Al-Qur’an yang paling utama. Sementara itu, Manna’ Al-Qaththan mencoba lebih jauh lagi dalam mendeskripsikan urgensi mengetahui Makkiyyah dan Madaniyyah sebagai berikut.
1.   Membantu dalam menafsirkan Al-Qur’an
2.   Pedoman bagi langkah-langkah dakwah
3.   Memberi informasi tentang sirah kenabian[3]                                                                      




BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan
Dilihat dari penjelasan tentang makkiyah dan madaniyyah di atas dapat kami simpulkan bahwa, Makkiyah adalah ayat-ayat yang turun di mekkah sebelum Rasulullah hijrah ke madinah dan sekaligus menjadi kitab orang-orang Mekkah. Sedangkan madaniyyah adalah ayat-ayat yang turun di Madinah sesudah Rasulullah hijrah ke Madinah dan sekaligus menjadi kitab orang-orang Madinah.
B.  Saran
Demikianlah uraian singkat yang dapat kami sampaikan, mudah-mudahan pembahasan ini dapat memberikan pengetahuan bagi kita dan semoga kita dapat mengamalkannya di lingkungan masyarakat. Didunia ini tidak ada pekerjaan yang sempurna seperti kata penyair: إذا أتمّ الامر بدي نقصه “jika telah selesai suatu pekerjaan maka akan tampak kekurangannya”.
       Oleh karena itu kami mohon maaf atas segala kekurangan dan kesalahan dan kesempurnaan hanya milik Allah. dan kami mohon dari Bapak sebuah kritikan yang membangun agar pada pembuatan makalah kami selanjutnya menjadi lebih baik dari yang sekarang والله اعلم بالصّواب .










Daftar Pustaka

Dr.Anwar Rosihon, M.Ag., 2008, Ulum Al-Qur’an, Bandung, Pustaka Setia,
Al-Khattan Khalil Manna’, Study Ilmu-Ilmu Qur’an, Intermasa, Jakarta,


[1] Rosihon Anwar, Ulumul Qur’an,Pustaka Setia, Bandung, 2008, Hlm.102-104
[2] Ibid., Hlm.105-107
[3] Rosihon Anwar, Ulumul Qur’an, Pustaka Setia, Bandung, 2008, Hlm.108-116